Polisi Penghantaran & Perkhidmatan

Perkhidmatan digital
PageKedai ialah perniagaan di bawah MZA Collective (SSM 202603024393 / SA0648645-U). Kami menjual perkhidmatan digital, iaitu pembinaan laman web dan kedai online. Tiada barang fizikal dihantar.
Maksud penghantaran
Penghantaran bermaksud laman web awak diterbitkan dalam talian (live) dan diserahkan kepada awak. Selepas baki dibayar, semua login diserahkan kepada awak.
Tempoh
Starter 10 hari bekerja, Growth 15 hari bekerja, Signature 25 hari bekerja, dikira dari tarikh semua kandungan lengkap kami terima. Untuk Growth dan Signature, dikira dari tarikh gateway bayaran diluluskan.
Cara penghantaran
Butiran laman dan login diserahkan melalui e-mel atau WhatsApp. Domain, akaun hosting dan login admin didaftarkan atas nama awak. Hosting dan domain tahun pertama termasuk dalam pakej.
Pindaan
Starter dan Growth termasuk 2 pusingan pindaan. Signature termasuk 3. Kerja di luar skop dicaj berasingan selepas awak setuju dengan harganya.