Polisi Bayaran Balik & Pembatalan

Dikemas kini 21 Oktober 2026

Ringkasan
Deposit 50% untuk mula, baki sebelum laman dilancarkan. Batal sebelum pusingan pindaan pertama dibuat: deposit dipulangkan penuh. Selepas pusingan pindaan pertama dibuat: deposit tidak dipulangkan. Selepas laman dilancarkan: tiada bayaran balik.
Pakej
Starter, Growth dan Signature dibayar dalam dua bahagian: deposit 50% daripada harga yang dikenakan (termasuk harga promo, jika terpakai) untuk mula, dan baki sebelum laman dilancarkan.
Deposit
Jika awak batal sebelum pusingan pindaan pertama dibuat, deposit 50% dipulangkan penuh. Selepas pusingan pindaan pertama dibuat, deposit tidak dipulangkan.
Baki
Jika awak sudah bayar baki tetapi laman belum dilancarkan, baki itu dipulangkan.
Selepas dilancarkan
Tiada bayaran balik selepas laman dilancarkan. Pusingan pindaan yang termasuk dalam pakej (Starter dan Growth 2, Signature 3) tetap kami buat.
Add-on
Add-on (Analytics & Google setup, Affiliate) dipulangkan penuh jika dibatalkan sebelum setup bermula. Selepas setup bermula, tiada bayaran balik.
Pelan jaga
Care Asas dan Care Kedai: minimum 3 bulan, kemudian notis 30 hari untuk batal. Bulan yang sudah dibayar tidak dipulangkan.
Domain dan hosting
Hosting dan domain tahun pertama termasuk dalam pakej dan didaftarkan atas nama awak. Selepas didaftarkan, kos ini sudah dibayar kepada penyedia dan tidak boleh dipulangkan; bayaran balik tertakluk pada polisi penyedia. Begitu juga yuran gateway bayaran.
Cara minta
WhatsApp atau telefon +60 19-317 3454, atau e-mel [email protected], dengan nama, pakej dan tarikh bayaran.
Tempoh proses
Kami balas dalam 3 hari bekerja. Bayaran balik yang diluluskan dibuat dalam 14 hari bekerja, melalui pindahan bank atau kaedah bayaran asal.