Terma & Syarat

Dikemas kini 21 Oktober 2026

Siapa kami
PageKedai ialah perniagaan di bawah MZA Collective (SSM 202603024393 / SA0648645-U), Batu Caves, Selangor. Kami bina laman jenama dan kedai WooCommerce untuk PKS.
Pakej dan harga
Harga dalam RM dan dibayar sekali bagi setiap pakej. Starter RM1,990, Growth RM4,490, Signature RM7,490, atau Custom ikut sebut harga. Harga promo semasa: Starter RM995, Growth RM2,245, Signature RM3,745. Apa yang termasuk dan tidak termasuk adalah seperti dalam sebut harga bertulis untuk projek awak. Tiada SST dikenakan kerana kami tidak berdaftar SST.
Bayaran
Deposit 50% daripada harga pakej yang dikenakan (harga promo, jika terpakai) untuk mula kerja. Baki dibayar sebelum laman dilancarkan. Bayaran dalam talian: FPX, kad atau DuitNow QR.
Tempoh siap
Tempoh siap dikira dalam hari bekerja dari tarikh semua kandungan lengkap kami terima (dan, untuk Growth dan Signature, dari tarikh gateway bayaran diluluskan). Starter 10 hari, Growth 15 hari, Signature 25 hari bekerja.
Pindaan
Starter dan Growth termasuk 2 pusingan pindaan. Signature termasuk 3. Kerja di luar skop dicaj berasingan selepas awak setuju dengan harganya.
Kandungan awak
Awak bertanggungjawab atas gambar, teks dan dakwaan produk yang awak beri, termasuk kebenaran untuk guna gambar tersebut. Akaun merchant gateway bayaran dibuka atas nama awak.
Pemilikan
Domain, akaun hosting dan login admin didaftarkan atas nama awak. Selepas baki dibayar, semua login diserahkan kepada awak.
Domain dan hosting
Hosting dan domain tahun pertama termasuk dalam harga pakej dan didaftarkan atas nama awak. Mulai tahun kedua, pembaharuan dikenakan pada kos sebenar penyedia (tanpa markup) dan kami maklumkan jumlahnya sebelum awak bayar.
Pelan jaga
Pilihan: Care Asas RM250/bulan atau Care Kedai RM490/bulan; bayaran tahunan bersamaan harga 10 bulan. Minimum 3 bulan, kemudian notis 30 hari untuk batal.
SEO
Kami sediakan asas SEO. Kami tidak menjanjikan kedudukan dalam Google atau enjin carian lain.