Dasar Privasi

Notis ini
Notis ini dibuat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Ia terpakai kepada MZA Collective (202603024393), pemilik jenama PageKedai, Batu Caves, Selangor.
Data yang kami kumpul
Bila awak mesej kami di WhatsApp, Instagram atau Threads, kami terima nama, nama pengguna dan apa yang awak tulis. Untuk projek, kami juga mungkin terima nombor telefon, e-mel, nama dan alamat perniagaan, serta kandungan seperti gambar dan info produk. Selepas bayar deposit, borang di halaman terima kasih minta nama, nama bisnes, link IG/FB dan email. Bayaran diproses oleh pemproses pembayaran pihak ketiga berlesen.
Tujuan
Untuk balas pertanyaan, beri sebut harga, bina dan jaga laman awak, keluarkan invois dan simpan rekod perakaunan.
Pendedahan
Kami tidak jual data awak. Data hanya dikongsi bila perlu untuk kerja: pemproses pembayaran pihak ketiga berlesen untuk proses bayaran (kami tidak simpan butiran kad), penyedia hosting dan domain untuk laman awak, dan Meta (WhatsApp, Instagram, Threads) sebagai saluran mesej. Juga jika dikehendaki undang-undang.
Tempoh simpan
Data projek disimpan selagi projek atau pelan jaga aktif. Rekod invois dan bayaran disimpan selama yang dikehendaki undang-undang.
Hak awak
Awak boleh minta akses kepada data awak, minta kami betulkan data yang salah, atau tarik balik kebenaran untuk dihubungi. Mesej kami di saluran di bawah.
Hubungi
WhatsApp +60 19-317 3454, Instagram @pagekedai atau Threads @pagekedai.
Microsoft Clarity
Kami guna Microsoft Clarity untuk faham cara pelawat guna laman ini (klik, skrol, heatmap dan rakaman sesi). Data diproses oleh Microsoft. Lihat Penyataan Privasi Microsoft. Kami juga guna Google Analytics untuk statistik pelawat; data penggunaan diproses oleh Google. Lihat polisi privasi Google.